"lihatlah kejayaanku!"

bismillah...



mendung. jam menunjukkan 8.30 pagi. aku bersiap untuk mengikut ayahku untuk menyelesaikan sedikit perkara. sampai di pejabat ayah, aku terus menekan nekan keyboard komputer untuk melihat keputusan semester 1, 2008/2009. berdebar. ah! aku sudah agak. hmmmm...mengeluh panjang dibuatnya. aku kecewa kerana pointer aku jatuh menjunam. dari 3.375 terus ke 3.201. rhetorical science atau al-maani puncanya. aku mendapat C untuk subjek tersebut. itulah punca utamanya. aku memang akui, menghafal adalah kelemahanku. menghafal 1 biji buku? separuh pun bukan mudah.



tak mengapa, Allah jadikan manusia berbeza-beza. mungkin kelebihanku berada di tempat lain, dan aku belum menyedarinya walaupun umur sudah menjangkau 21 tahun. selama hidup, banyak pengalaman yang aku tempuhi. bagi aku, pengalamannlah pengajaran yang paling berharga.



aku tidak tahu apa perasaan aku ketika kecil dulu. setelah menilai, aku seorang yang mudah mengikut pada suasana. orang di sekeliling menyenangi aku. aku juga di kenali, tetapi bukan atas sebab kejayaanku atau kelebihanku, tetapi mengukir nama atas nama orang lain. siapa lagi kalau bukan ibu dan ayaku. aku sedari ini semua, dan ingin mengubahnya. malangnya, ia terlalu lambat. sekarang, aku tak punya apa apa lagi, orang cuma mengetahui aku anak sekian, sekian...



aku cuba bangkit, berusaha menunjukkan kelebihan diriku. berusahalah! kegagalanku adalah permulaan untuk kejayaanku. satu hari nanti, aku akan menjerit, "lihatlah kejayaanku!"