BERSEDIALAH!

bismillah...

Teringat waktu dulu saat bahagia tiada masalah yang menimpa, tiada ujian yang menduga. Kini, makin meningkat usia, makin banyak cabaran yang WAJIB di lalui. Samada jatuh tersungkur ataupun sukses dan makin maju, atas diri kita untuk memilih. Dan yang pastinya kita akan memilih kemenangan. Tiada siapa yang sukakan kejatuhan dan kekalahan. Tetapi, mungkin kadang kita terjatuh jauh, terpesong 360 darjah, terbalik dan susah nak pusing, tapi di sebalik kejadian itu, besar hikmahnya, ilmu Tuhan yang luas tidak mudah di singkap. Apa kata kita berhenti sejenak, berfikir... Kita akan lihat banyak kebaikan di sebalik pelbagai ujian dan dugaan. Andainya kamu mahu berubah dan ramai yang masih memandang serong padamu, bahkan menabur fitnah seperti menabur padi, biarkannlah. Walaupun susah sebenarnya untuk "biarkannlah", tetapi apa lagi yang mampu kita buat? Berdoalah. Moga Allah ampunkan segala dosa. Moga Allah memberi usia panjang untuk menebus segala dosa. Bagi mereka yang suka menabur fitnah, biarkan Allah sahaja yang membalasnya. Siapa saya untuk menghukum? Tapi bagi mereka, menghukum orang itu tidak mengapa, menabur fitnah itu tidak mengapa, bukan hendak di bantu, malahan menjauhi lagi. Sikap apakah ini? Hmm..

Jangan bimbang, Tuhan tahu segalanya. Dekatkannlah dengan DiriNya, supaya Dia sayang kamu. Biarkannlah mereka dengan sikap mereka. Di lihat baik, tetapi untuk menghadapi yang sekecil ini pun tidak mampu. Di lihat dari penampilannya, baik, kemas, sempurna bagi ciri-ciri seorang yang soleh/ah, tapi Tuhan saja yang tahu. Tidak sangka sama sekali! Apa pun, doakan dia jadi soleh/ah dalam erti kata yang sebenarnya.

Yang penting, jangan terlalu cepat menghukum orang, apa lagi berkata buruk tentang seseorang. Kerana mungkin satu hari nanti, kamu pula yang terkena. Jika tidak kamu, anak kamu, atau cucu kamu. Peringatan ini adalah dari analisis pengalaman-pengalaman yang telah banyak di lalui.

Mari kita berjuang!

Aku pernah berdoa pada Tuhan supaya di kenakan ujian untuk menguatkan lagi hubunganku dengan Dia. Tapi aku minta di kecualikan satu masalah ini, kerana aku menganggap yang aku takkan dapat harungi ujian itu. Bagi aku, itulah ujian terbesar dalam hidupku. Setelah beberapa tahun, aku menghadapi ujian tersebut. Aku terkesima sebentar. Tidak menyangka ini akan berlaku dalam hidupku dan hidup keluargaku. Aku bertanya: "Mengapa wahai Tuhan? Tidakkah Kau makbulkan doaku ini?". Setelah beberapa ketika, aku menjadi tenang. Aku lihat, aku dapat harungi ujian itu. Jika tidak, mengapa aku masih hidup sehingga sekarang? Dan aku lihat, aku seorang yang kuat, tidak semua orang dapat mengatasi masalah ini. Mungkin selepas ini akan adanya ujian yang lebih besar. Apa yang penting, BERSEDIALAH!