Sudikah Kau Menerimaku Kembali?

bismillah....

Jam menunjukkan jam 2:04 pagi. Aku masih segar di kala orang sedang tidur nyenyak. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing-pusing di atas kepalaku. Sesekali terdengar dengkuran sahabat bilikku. Aku hanya tersenyum.

Di kala sunyi begini, aku teringat tentang diriku yang dulu. Aku membanding-banding, membeza-beza. Entah, terlalu cepat masa berlalu. Aku sudah dewasa. Terasa takut apabila terkenangkan dosa yang menimbun berbanding pahala yang aku lakukan. Terasa terlalu ingin umur di panjangkan. Dalam diam, aku meminta-minta agar Tuhan memperkenankan.

Cepat-cepat aku bangun dan menunaikan solat sunat. Andainya aku mati ketika ini, sekurang-kurangnya aku mati dalam keadaan sujud padaMu.

Tidak tahan kerana rindu padaMu, aku menangis. Aku terlalu leka lalu tinggalkanMu. Sudikah Kau menerimaku kembali? Aku tahu Kau Maha Pemaaf, maka maafkannlah aku Ya Allah. Aku hambaMu yang lemah, maka berikannlah sedikit kekuatanMu untuk aku harungi hidupku ini. Aku hambaMu yang lemah, maka berilah ujian yang setimpal dengan diriku.

Hati ini tidak tabah, hati ini selalu berubah. Ya Allah, jangan tinggalkan aku walau sesaat juga. Kerna aku tahu aku tidak mungkin tabah tanpa bimbingan dariMu. Nafsu bermaharajalela setiap waktu, syaitan juga begitu. Ya Allah, jangan berpaling dariku walau sesaat juga. Kerna aku tahu aku tidak mungkin kuat tanpa peringatan dariMu.

Ya Allah, maafkan aku.
Sudikah Kau menerimaku kembali??