IMPIANKU

Bismillah..

Alasku cuma lantai sejuk beratapkan langit tiada penghujung
Permata-permata menghiasi laman biru indah
Aku pejuang lemah
Panjang-panjangkan tanganku menggapai permata
Apa yang inginku capai
Terlalu jauh
Terlalu tinggi
Terasa terlalu jauh tika ini
Kerna kata mereka yang dengki sedengki Abu Jahal
Menitik jua air mata
Aku pejuang lemah
Aku terlalu lama berlari
Aku mengah
Aku ingin berhenti

Tiba-tiba cahaya menari-nari di tanganku
Ku terhibur seketika
Ku petik permata
Kususun cantik
Aku pilih yang terbaik
Senyum jua aku

Aku sedar
Yang namanya pejuang
Tidak ada yang lemah
Kerna pejuang sentiasa bertarung
Kata-kata Abu Jahal itu
Hapuskanlah
Ambillah segala peluang didepan matamu
Pilih yang terbaik dalam hidupmu
Jangan kau dengar kata mereka
Mati juga kau akhirnya
Entah bila
Maka yang terbaik hanya untuk dirimu
Biar mereka renung kejayaanmu

Jika penat berlari
Berjalanlah
Jangan pula terus berhenti
Kerna permata takkan disitu selamanya

Percayalah
Permata paling bersinar itu
Hanya untuk dirimu
Ya, dirimu...


education II (^________^)

Bismillah...


Jam menunjukkan 12.25 tengahari. Aku bersiap-siap untuk ke kelas. Tiba-tiba, aku di datangi 2 pelajar perempuan yang comel.

"Ustazah, jom pergi kelas" sambil senyum-senyum. Aku yang pelik dengan keadaan itu melihat jam kembali.

"Eh, bukan 12.30 ke?" soalku dengan pelik. Sudah berdebar takut-takut aku masuk lambat ke kelas.
"Yalah!"
"Ustazah dah lambat ya?" tanyaku lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak adalah" geleng-geleng.
"Sekarang baru 12.25. Ada lagi 5 minit. Sempat la ustazah nak jalan"
"Memanglah, kitorang dah tak sabar nak belajar ni"

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa kembangnya hati ni. Penuh bunga-bunga berwarna warni. Hidung kembang kuncup menahan perasaan gembira. Ada pelangi di panas terik mentari. Tapi, apa yang keluar di bibirku ialah:

"Bagusnya anak murid ustazah niiii....Macam ni lah!"
OH! Aku kena cover juga perasaan ini. Haha..

...............................................................................................................................................


Jika semua pelajar begini, saya kira tiada lagi perkataan TEACHER BURNOUT di dunia ni. Adakah guru yang patut di persalahkan atas tidak berminatnya palajar terhadap satu pelajaran? Jika kena pada caranya, pelajar pasti tidak sabar untuk ke kelas, dan sudah pasti gejala ponteng sekolah tidak berlaku.

Bagi pendapat saya, jika terdapat masalah pada pelajar, yang pertama yang perlu di lakukan ialah mengenalpasti apa masalah tersebut. Dan yang kedua, cuba memahami MENGAPA mereka melakukan kesalahan-kesalahan. Dan yang ketiga, cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai contoh, kawan saya telah mendapat satu kelas yang mana pelajar-pelajarnya penuh dengan masalah disiplin, malas belajar dan sebagainya. Pada kelas yang pertama, dia telah membuat alat bantu mengajar yang sangat menarik seperti kelas-kelas yang lain. Tetapi apa yang mengejutkan ialah, mereka langsung tidak berminat untuk menyertai kelas. Bahkan, mengejek dan mengganggu kawan lain yang ingin belajar. Sudah pasti kawan saya stress! Tetapi, setelah mengenalpasti masalah dan cuba mencari penyelesaiannya, dia tahu satu cara yang mudah. Untuk mengawal mereka supaya lebih diam dan tidak mengganggu orang lain ialah dengan MENULIS dan MENYALIN NOTA di papan putih. Diam kelas. Senang. Dan mungkin langkah yang seterusnya ialah cuba sedikit demi sedikit masukkan alat bantu mengajar yang lain supaya mereka berminat semula untuk belajar.

Jadi, setiap masalah ada penyelesaiannya. Walaupun dengan budak yang paling nakal, yang paling banyak masalah, dan lain-lain.

Jika guru-guru di bebani dengan masalah lain, di tambah lagi dengan pelbagai kerenah pelajar-pelajar, sudah pasti terselit juga perkataan TEACHER BURNOUT tersebut. Tapi, pandai-pandai lah kita mengawalnya. Mungkin saya boleh kongsikan cara-cara mengawal stress edisi UNTUK GURU pada post yang akan datang. Insya Allah!

education (part I) (^_______^)

Bismillah...

Memandangkan saya kini berada di alam persekolahan, saya ingin sekali meluahkan apa yang saya lihat, apa yang saya rasa sepanjang saya berada di sekolah.

Bagi pendapat saya, sekolah adalah satu medan yang sangat penting dalam hidup seseorang. Kerana dari situlah dia belajar erti kehidupan. Pada hari pertama saya memasuki sekolah, saya hadiri perhimpunan bersama kawan-kawan saya yang lain. Tengah khusyuk mendengar "bebelan" guru, guru yang sedang berucap berasa berang dek kerenah murid yang tidak henti-henti berborak.

"Hey, saya TERAJANG kamu kat sini karang!!"

Saya bersama kawan-kawan baru yang lain berpaling ke arah guru tersebut. Kami berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan situasi itu.

Jadi, inilah cabarannya. Bukan murid sahaja yang perlu di perbaiki, tetapi guru juga. Sudah tentu! Tidak mustahil murid juga akan menggunakan perkataan TERAJANG kepada ibubapa mereka, kawan-kawan dan bahkan guru! Ya, guru yang mengajarnya di sekolah. Jadi, murid mengikut. Murid juga akan menggunakan perkataan yang lebih teruk dari itu. Benar! Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Sakit telinga mendengar semua perkataan tersebut. Tetapi bagi mereka, ianya biasa sahaja. Tiada perasaan segan silu. Tiada adab. Tiada masyarakat yang baik. Tidak akan ada negara yang maju. Sungguh!

Ingat, pembelajaran bukan sahaja terjadi di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas. Bahkan, lebih banyak yang belajar di luar kelas bagi sesetengah murid.

Saya menyeru kepada guru-guru untuk lebih berhati-hati dalam menutur bicara.

Sebagai kesimpulan, PENDIDIK (khas untuk pendidik di sekolah) WAJIB dan MESTI menjaga sikapnya, tutur bicaranya, cara berpakaiannya, senyum tawanya kerana KITA adalah orang yang bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka.

Sekian.

bismillah....

aku pernah sakit hati sampai nak tercabut jantung di buatnya. tapi allah kata, "sabar!", jadi aku turutkan, sampai menggigil-gigil jari jemari. aku boleh buat banyak benda lagi untuk balas dendam, aku tidak takut sedikit pun, aku punya kawan di banyak tempat, aku boleh buat segalanya dengan kudratku yang sedikit ini, apa lagi jika aku memaksimumkannya.

tapi allah kata, orang yang zalim akan mendapat balasannya. dan aku yakin, seksa allah lebih KEJAM! pernah dengar allah akan tarik ubun-ubun rambutmu??? lihat sendiri surah al-'alaq. biar malaikat zabaniyah menjadi temanmu. kenal malaikat zabaniyah?????? aku berdoa dengan sesungguhnya, orang yang zalim di seksa habis-habisan di akhirat sana.

saya sangat bertuah kerana di kelilingi orang yang soleh-soleh, dengan itu saya selalu di ingatkan supaya lebih banyakkan bersabar. tetapi, dalam doaku di pagi hari saat orang lain tidur, aku berdoa supaya yang lemah sentiasa di bawah naungan allah. moga malaikat sentiasa berada di kanan dan kiriku menjaga keselamatanku. moga ma'thurat menjadi pendiding di antara aku dengan kejahatan.

"SABAR". itulah yang aku sedang lakukan dan sangat sukar untuk lakukan. biarlah gigil kuat mana pun, biarlah sakit melebihi kekuatan pun, aku tetap akan SABAR!

untuk memaafkan, ohhh..itu tidak mungkin untuk saat ini

BERSEDIALAH!

bismillah...

Teringat waktu dulu saat bahagia tiada masalah yang menimpa, tiada ujian yang menduga. Kini, makin meningkat usia, makin banyak cabaran yang WAJIB di lalui. Samada jatuh tersungkur ataupun sukses dan makin maju, atas diri kita untuk memilih. Dan yang pastinya kita akan memilih kemenangan. Tiada siapa yang sukakan kejatuhan dan kekalahan. Tetapi, mungkin kadang kita terjatuh jauh, terpesong 360 darjah, terbalik dan susah nak pusing, tapi di sebalik kejadian itu, besar hikmahnya, ilmu Tuhan yang luas tidak mudah di singkap. Apa kata kita berhenti sejenak, berfikir... Kita akan lihat banyak kebaikan di sebalik pelbagai ujian dan dugaan. Andainya kamu mahu berubah dan ramai yang masih memandang serong padamu, bahkan menabur fitnah seperti menabur padi, biarkannlah. Walaupun susah sebenarnya untuk "biarkannlah", tetapi apa lagi yang mampu kita buat? Berdoalah. Moga Allah ampunkan segala dosa. Moga Allah memberi usia panjang untuk menebus segala dosa. Bagi mereka yang suka menabur fitnah, biarkan Allah sahaja yang membalasnya. Siapa saya untuk menghukum? Tapi bagi mereka, menghukum orang itu tidak mengapa, menabur fitnah itu tidak mengapa, bukan hendak di bantu, malahan menjauhi lagi. Sikap apakah ini? Hmm..

Jangan bimbang, Tuhan tahu segalanya. Dekatkannlah dengan DiriNya, supaya Dia sayang kamu. Biarkannlah mereka dengan sikap mereka. Di lihat baik, tetapi untuk menghadapi yang sekecil ini pun tidak mampu. Di lihat dari penampilannya, baik, kemas, sempurna bagi ciri-ciri seorang yang soleh/ah, tapi Tuhan saja yang tahu. Tidak sangka sama sekali! Apa pun, doakan dia jadi soleh/ah dalam erti kata yang sebenarnya.

Yang penting, jangan terlalu cepat menghukum orang, apa lagi berkata buruk tentang seseorang. Kerana mungkin satu hari nanti, kamu pula yang terkena. Jika tidak kamu, anak kamu, atau cucu kamu. Peringatan ini adalah dari analisis pengalaman-pengalaman yang telah banyak di lalui.

Mari kita berjuang!

Aku pernah berdoa pada Tuhan supaya di kenakan ujian untuk menguatkan lagi hubunganku dengan Dia. Tapi aku minta di kecualikan satu masalah ini, kerana aku menganggap yang aku takkan dapat harungi ujian itu. Bagi aku, itulah ujian terbesar dalam hidupku. Setelah beberapa tahun, aku menghadapi ujian tersebut. Aku terkesima sebentar. Tidak menyangka ini akan berlaku dalam hidupku dan hidup keluargaku. Aku bertanya: "Mengapa wahai Tuhan? Tidakkah Kau makbulkan doaku ini?". Setelah beberapa ketika, aku menjadi tenang. Aku lihat, aku dapat harungi ujian itu. Jika tidak, mengapa aku masih hidup sehingga sekarang? Dan aku lihat, aku seorang yang kuat, tidak semua orang dapat mengatasi masalah ini. Mungkin selepas ini akan adanya ujian yang lebih besar. Apa yang penting, BERSEDIALAH!











bismillah...

Sudah lama aku tinggalkan pen dan diary. Terasa janggal pula 'menaip' satu persatu huruf di atas kertas kuning yang lama tidak dibuka. Sekarang terlalu ramai yang menulis diary secara online dan "diary tradisional" mungkin akan di lupakan tidak lama lagi. Aku sengaja mengaktifkan balik kelincahanku menggenggam pen dan dan melihat-lihat tulisanku yang buruk. Masih lincahkah aku? Di sini bukannya aku mahu berkongsi tentang tabiatku yang telah lama di tinggalkan, tetapi aku mahu sekali becerita perkara-perkara yang boleh membawa pahala. Aku cuma beringat. Dan harap yang lain juga begitu. Moga dapat menyumbang sedikit timbangan sebelah kananku.


Aku cuti. Televisyen, intenet, tidur yang panjang. Semua itu tidak dapat di larikan keika cuti. Pendek kata, akiviti-akiviti yang tidak berfaedah, sia-sia, bodoh dan bangang. Tekejut?? Orang yang bijak pandai sahaja yang tidak akan membuang masa. Beranikah aku berfoya-foya sedangkan mati akan menjelma satu minit selepas aku berfoya-foya? Sesiapa pun takkan tahu bilakah riwayat hidupnya akan tamat. Tiap kali aku ingat tentang mati, aku "Astaghfirullah...." dan di iringi satu doa pendek: "Ya Allah, panjangkannlah usiaku supaya aku sempat bertaubat kepadaMu".

Aku melihat ke belakang. Membaca sedikit tafseer hadith, tuisyen, bbq, sedikit web tentang islam, sedikit tahajjud, sedikit berkebun, (aku berfikir lama......dan kemudian aku menyamung) sedikit riadhah, sedikit tilawah qur'an (aku berhenti lagi........lama.......). Rasanya itu sahaja yang dapat aku senaraikan.

Dan kini aku menyedari betapa susahnya untuk menyenaraikan amlan kananku. Aku idak mahu melihat punca mengapa aku begini, aku mahu terus ke next step: Bagaimana Aku Mahu Memperbaiki Diri.


Jika anda dalam keadaan begini, anda patut berasa bimbang. Seseorang yang tidak menyedari dirinya bodoh adalah orang bodoh. Perubahan di perlukan sebagaimana kalian megetahui hidup ada tujuannya. Bukan sekadar di dunia, tetapi yang lebih penting kehidupan anda di akhirat. Plan aktiviti anda hendaklah balance di antara dunia dan akhirat. Mengabaikan dunia juga tidak di galakkan di dalam Islam. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. Tetapkan matlamat yang ingin di capai. Sebagaimana di dalam kelas, kita mempunai goals to achieve, begitu juga dengan kehidupan.

2. Sediakan target activities bersesuaian dengan masa anda. Sebagai contoh, anda mempunai dua mingu cuti sekolah. Dua minggu oleh jadi cuti yang sangat panjang dan boleh juga menjadi cuti yang sangat pendek. Ianya menjadi panjang apabila anda hanya meluangkan masa bergoyang kaki di dalam rumah sambil menonton televisyen. Dan terasa sangat pendek apabila anda penuhi dengan aktiviti-aktiviti.

3. Anda perlu berhati-hai dalam membuat keputusan, aktiviti apakah yang selari dengan matlamat anda agar matlamat tersebut dapat dicapai. Contoh akiviti untuk cuti dua minggu seperti melancong, berbuka puasa bersama, bersukan, berkebun, membaca buku dan banyak lagi. Semua ini akan menjadi ibadah jika ia selari dengan syara' dan anda ikhlas melakukannya kerana Allah.

4. Apabila anda sudah menyenaraikan semua activities, hanya tinggal untuk melakukannya. Senarainya sudah ada, anda perlu mengaplikasikan apa yang telah dirancang. Mudahkan?

Adakala sesetengah kita yang agak malas dan liat walaupun jadual harian sudah ada, activity planning pun sudah lengkap. Bagaimana cara mengatasi sikap ini? Ada jawapannya, nantikan di lain entri.

posted by Syakirah Rahiman