education (part I) (^_______^)

Bismillah...

Memandangkan saya kini berada di alam persekolahan, saya ingin sekali meluahkan apa yang saya lihat, apa yang saya rasa sepanjang saya berada di sekolah.

Bagi pendapat saya, sekolah adalah satu medan yang sangat penting dalam hidup seseorang. Kerana dari situlah dia belajar erti kehidupan. Pada hari pertama saya memasuki sekolah, saya hadiri perhimpunan bersama kawan-kawan saya yang lain. Tengah khusyuk mendengar "bebelan" guru, guru yang sedang berucap berasa berang dek kerenah murid yang tidak henti-henti berborak.

"Hey, saya TERAJANG kamu kat sini karang!!"

Saya bersama kawan-kawan baru yang lain berpaling ke arah guru tersebut. Kami berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan situasi itu.

Jadi, inilah cabarannya. Bukan murid sahaja yang perlu di perbaiki, tetapi guru juga. Sudah tentu! Tidak mustahil murid juga akan menggunakan perkataan TERAJANG kepada ibubapa mereka, kawan-kawan dan bahkan guru! Ya, guru yang mengajarnya di sekolah. Jadi, murid mengikut. Murid juga akan menggunakan perkataan yang lebih teruk dari itu. Benar! Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Sakit telinga mendengar semua perkataan tersebut. Tetapi bagi mereka, ianya biasa sahaja. Tiada perasaan segan silu. Tiada adab. Tiada masyarakat yang baik. Tidak akan ada negara yang maju. Sungguh!

Ingat, pembelajaran bukan sahaja terjadi di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas. Bahkan, lebih banyak yang belajar di luar kelas bagi sesetengah murid.

Saya menyeru kepada guru-guru untuk lebih berhati-hati dalam menutur bicara.

Sebagai kesimpulan, PENDIDIK (khas untuk pendidik di sekolah) WAJIB dan MESTI menjaga sikapnya, tutur bicaranya, cara berpakaiannya, senyum tawanya kerana KITA adalah orang yang bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka.

Sekian.

0 ulasan:

Catat Ulasan