education II (^________^)

Bismillah...


Jam menunjukkan 12.25 tengahari. Aku bersiap-siap untuk ke kelas. Tiba-tiba, aku di datangi 2 pelajar perempuan yang comel.

"Ustazah, jom pergi kelas" sambil senyum-senyum. Aku yang pelik dengan keadaan itu melihat jam kembali.

"Eh, bukan 12.30 ke?" soalku dengan pelik. Sudah berdebar takut-takut aku masuk lambat ke kelas.
"Yalah!"
"Ustazah dah lambat ya?" tanyaku lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak adalah" geleng-geleng.
"Sekarang baru 12.25. Ada lagi 5 minit. Sempat la ustazah nak jalan"
"Memanglah, kitorang dah tak sabar nak belajar ni"

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa kembangnya hati ni. Penuh bunga-bunga berwarna warni. Hidung kembang kuncup menahan perasaan gembira. Ada pelangi di panas terik mentari. Tapi, apa yang keluar di bibirku ialah:

"Bagusnya anak murid ustazah niiii....Macam ni lah!"
OH! Aku kena cover juga perasaan ini. Haha..

...............................................................................................................................................


Jika semua pelajar begini, saya kira tiada lagi perkataan TEACHER BURNOUT di dunia ni. Adakah guru yang patut di persalahkan atas tidak berminatnya palajar terhadap satu pelajaran? Jika kena pada caranya, pelajar pasti tidak sabar untuk ke kelas, dan sudah pasti gejala ponteng sekolah tidak berlaku.

Bagi pendapat saya, jika terdapat masalah pada pelajar, yang pertama yang perlu di lakukan ialah mengenalpasti apa masalah tersebut. Dan yang kedua, cuba memahami MENGAPA mereka melakukan kesalahan-kesalahan. Dan yang ketiga, cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai contoh, kawan saya telah mendapat satu kelas yang mana pelajar-pelajarnya penuh dengan masalah disiplin, malas belajar dan sebagainya. Pada kelas yang pertama, dia telah membuat alat bantu mengajar yang sangat menarik seperti kelas-kelas yang lain. Tetapi apa yang mengejutkan ialah, mereka langsung tidak berminat untuk menyertai kelas. Bahkan, mengejek dan mengganggu kawan lain yang ingin belajar. Sudah pasti kawan saya stress! Tetapi, setelah mengenalpasti masalah dan cuba mencari penyelesaiannya, dia tahu satu cara yang mudah. Untuk mengawal mereka supaya lebih diam dan tidak mengganggu orang lain ialah dengan MENULIS dan MENYALIN NOTA di papan putih. Diam kelas. Senang. Dan mungkin langkah yang seterusnya ialah cuba sedikit demi sedikit masukkan alat bantu mengajar yang lain supaya mereka berminat semula untuk belajar.

Jadi, setiap masalah ada penyelesaiannya. Walaupun dengan budak yang paling nakal, yang paling banyak masalah, dan lain-lain.

Jika guru-guru di bebani dengan masalah lain, di tambah lagi dengan pelbagai kerenah pelajar-pelajar, sudah pasti terselit juga perkataan TEACHER BURNOUT tersebut. Tapi, pandai-pandai lah kita mengawalnya. Mungkin saya boleh kongsikan cara-cara mengawal stress edisi UNTUK GURU pada post yang akan datang. Insya Allah!

1 ulasan:

syaimaa' 22 Mac 2011 pada 1:30 PTG  

mabruk ustazah!
teringin nak masuk kelas ustazah..
;)
hehehe

Catat Ulasan