lentang besh!!

bismillahirrahmanirrahim....










Air yang jernih membuatkan aku sangat tenang melihatnya. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah. Dalam aku sibuk melayan diri, tiba-tiba...

"Syakirah! Buat apa tu? Jom cepat!" Aku tersengih.

Kami melilit tali di antara pokok-pokok yang mana kami terpaksa merentasi sungai untuk melilitnya. Nampak air sungai tersebut tenang sahaja tapi nak tenggelam di buatnya. Arus agak deras, kami pun berhati-hati. Ini program SAMPLE yang pertama aku ikuti. Seronok? Mesti la seronok! : ) Sementara orang lain sedang berkenalan, aku sudah basah kuyup bermandi-manda. Eh, aku buat kerja lilit tali kat pokok la!

Kemudian aku naik ke darat, dalam menggigil-gigil aku cuba menolong untuk hidupkan api, boleh juga aku panaskan badan ni : ) Ayam seplastik menuggu-nunggu untuk di bakar, kelihatan seperti melompat-lompat dan berterbangan. Aku berangan sendiri, tidak sabar rasanya untuk melahap ayam-ayam tersebut.


Setiap orang mendapat bahagian masing-masing dengan dua ketul ayam. Selepas membaca doa makan, kami makan bersama-sama. Tetapi tak semena-mena perjalanan makanku makin perlahan, padahal tadi bukan main lagi bising perut ini. Aku sudah tidak boleh menelan lagi, ada seketul ayam lagi. Nak di buang, segan pulak di hadapan semua kawan. Nak di bawa balik, malas laaa... Aku telan juga walaupun lambat-lambat. Kesannya, aku tidak menyentuh ayam untuk seminggu, muak di buatnya!


Dalam tidak sedar, masa untuk pulang sudah tiba. Aku tidak akan lupakan saat-saat indah bersama kawan-kawan baru dan lama. Terima kasih semua kerana izinkan saya menjadi sahabat kalian......sahabat dunia akhirat! Kami meninggalkan sungai lentang dengan kenangan indah, akan ku ingat sampai bila-bila : ) Cahaya matahari menembusi celah-celah pokok lalu terkena simbahannya pada mukaku. Aku mendongak, "Thanks, ya Allah..."



aku berdosa, tapi ku yakin dengan KEMAAFAN-MU


bismillah...

Di tengah malam aku terbangun, di baluti dengan kesejukan malam dan kemalasan hati, aku bangun jua. Terasa brjaya di kala ini. Tapi masih tidak menentu untuk detik-detik yang akan mendatang. Wajahku yang basah ku biarkan, menyarung telekung yang putih bersih lalu terduduk. Nampak seperti lesu. Bukan lesu mahupun penat ataupun lelah, tetapi aku terasa sangat kerdil di hadapan-Nya. Kecewa dengan diri sendiri yang terlalu banyak melakukan dosa. Kadangkala aku terdetik, adakah aku sudah di maafkan?

.........................................................................................................................................................................................................................................


Aku di kelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik dan soleh. Bukankah kita perlu mendampingi orang soleh? Ya, benar. Untuk mengingatkan kita tentang diri kita yang sebenarnya, untuk menambahkan ilmu pengrtahuan kita, dan yang paling penting untuk mendekatkan diri kepada Allah lalu menambahkan iman kita untuk mndapat redha-Nya.

"Boleh ana tanya enti sikit?" Aku teragak-agak untuk memulakan perbualan ini. Tetapi beban terlalu berat jika tidak di luahkan. Seperti aku sedang mengangkat batu yang sangat besar sambil berlari-lari dan mendapatkan batu yang lain. Sepertinya aku menambah lagi bebanku, tetapi itulah realitinya, aku terasa beban melalui hari-hari yang mendatang.

"Nak tanya apa?" jawab sahabatku.

"Ana tau yang Allah tu Maha Pengampun. Tapi dalam keadaan sekarang ni, ana rasa tertekan untuk dapat kemafaan dari Allah."

"Eh, knapa boleh sampai camtu pulak? Nak redha Allah pun, jangan la sampai tertekan. Buat tu mesti ikhlas kerana Allah, kalau tak ikhlas, camni la jadinya. Nape dengan enti? Teruk sangat ke yang enti buat sampai enti tertekan camtu?"

"Enti cuba la bayangkan, kalau orang tu selalu buat dosa-dosa kecil, lama-lama dosa tu akan menjadi besar. Betul tak?"

"A-hah..."

"Dulu satu ketika ana pernah kumpul dosa besar...." Aku tunduk, malu.

Dia terdiam, mungkin sedang memikirkan dosa apa yang telah aku lakukan. Atau mungkin dia sedang membayangkan perkataan yang sesuai untuk menunjukkan betapa besarnya dosaku. Dalam aku ber"su' zonn', tiba-tiba dia tersenyum.

"Enti, walau besar mana pun dosa enti, kalau enti betul-betul taubat nasuha, Allah akan ampunkan. Enti buatlah dengan ikhlas, minta redha-Nya. Jangan terlalu gopoh, takut enti cepat bosan" Nasihat itu memang sudah biasa kudengar. Tetapi kali ini, aku sememangnya sudah melapangkan dada untuk mendengar nasihat, jadi nasihat itu sampai ke kalbu yang hitam pekat ini.

"Tapi ana takut ana mati dulu, tak sempat nak dapat kemafaan-Nya" luahku.

"Sekarang ni, enti perlu yakin yang Allah akan maafkan enti. Ana rasa, masalah enti ni, masalah keyakinan. Ok, enti pasni cuba yakinkan diri yang Allah akan maafkan enti. InsyaAllah, hati enti akan tenang." Nasihat itu aku ambil, simpan di dada.


.....................................................................................................................................................................................................................................


Dalam solatku, aku cuba menahan esak, membaca surah dengan bacaan yang betul serta menghayatinya. Selesai solat, terus meleleh air dari mataku. Tidak tertahan lagi rasanya beban ini. Teringat kembali saat-saat aku membuat kejahatan dulu. Satu persatu menjelma. Aku terus berdoa sambil mengangkat muka ke langit minta di ampunkan. Bagaikan anak kecil yang menangis, begitulah aku ketika ini. Tidak tertahan dengan kebodohan yang telah ku lakukan pada diriku sendiri. Kebodohan apakah ini!

Ya Allah, ampunkannlah aku.
Aku tahu, aku dah banyak menikmati hdup selama ini.
Tapi aku ingkar dengan perintah-Mu.
Aku ambil hadiah dari-Mu tanpa mengucapkan terima kasih kepada-Mu.
Bahkan aku langsung tidak mengingati-Mu.
Tolong maafkan aku ya Allah.
Aku yakin dengan janji-Mu, ya Rahman ya Rahim.
Aku benar-benar bertaubat, aku tidak akan mengulanginya lagi.
Aku berjanji ya Allah!
Aku tidak pasti sama ada Engkau mahu mendengar doaku ini,
tetapi aku berharap rumahku ini bercahaya dengan keihlasanku bangun pada waktu ini,
dan aku sangat percaya yang Engaku sedang mendengar permintaanku ini.
Maka kabulkannlah ya Allah...
Aku malu ya dengan-Mu ya Allah.
Tetapi demi mendapt redha-Mu,
aku sanggup meminta lagi,
menebalkan mukaku ini.
Ya Allah, kabulkannlah permintaanku ini,
MAAFKANNLAH AKU.....