MCQ 09





bismillah...

Aku baru sahaja sampai di depan CAC bersama adik dan termengah-mengah kerana berjalan cepat. Sudah ada yang bertolak ke al-Amin dengan menaiki kereta-kereta di 'sponsor' oleh kawan-kawan yang baik hati. Tidak lama kemudian, semua urusan selesai dan keadaan di depan CAC menjadi sunyi kembali. Aku begitu bersemangat sekali. Begitu juga yang lain kerana terpancar segala-galanya dari senyum lebar mereka. Semuanya tidak sabar untuk ke Lembah Genting, Batang Kali untuk mengikuti program MUSLIM COMBAT QUEST 2009.

Program bermula pada 20.11.2009 sehingga 23.11.2009 iaitu 4 hari 3 malam. Pada mulanya aku ragu; "eh, tak lama sangat ke?" Aku juga risau kalau-kalau mukhayyam kali ini seperti yang lepas. aku tidak hadir pada masa yang lepas. aku di khabarkan bahawa mereka "di layan" dengan teruk. aku tidak pasti. cuma cara mereka bercerita sangat menakutkan aku (hehe :) ) Di al-Amin tiada program outdoor yang di lakukan, hanya tazkirah dan forum. Geli hati bila tengok kak Tim yang berceramah dengan gaya cikgu. jangan main-main, bidang terjun pun boleh berforum.

Esoknya, awal-awal lagi kami sudah bangun untuk melakukan qiyamullail dan solat subuh berjemaah. terasa tenang sekali. sudah lama aku tidak berjemaah dengan sahabt-sahabatku. tiba-tiba aku terasa bertenaga dan bersemangat. mungkin itu hikmah brqiyamullail, siap berjemaah lagi. aku pasti semua orang juga berasa begitu.

aku cemas. semua kereta sudah penuh. hanya aku yang ke hulu ke ilir menjinjing beg mencari sedikit ruang kosong untuk berhimpit. jangan aku di tinggalkan di al-Amin sudah. aku nak pergi! huhu (T_T) nasib baik masih ada ruang dalam kereta kak Zaihan. Aku di bahagian belakang bersama Syaimaa' dan kak Ruhul. di bahgian hadapan kak Asma' dan driver kak Zaihan lah, siapa lagi. brmula enjin di hidupkan, semua menjadi sangat gembira terutama aku dan Syaimaa', kami menyanyi dan berzikir, ceh... :)

saat aku membuka mata; "eh, da sampai ke?" syaimaa' memerli "dah lama sampai la, tu la tido lagi" "isy, cakap orang. dia tu tidur sampai lentok kepala kat orang. berat pulak tu!" kami ketawa besar.


........................................................................................................................................


aktivti rapelling sangat di tunggu oleh semua. setelah di ajar secara teori, kami akan mempraktikkan ilmu yang telah di ajar dalam beberapa minit. semua teruja termasuk aku. kebanyakannya terjatuh di satu spot yang menggerunkan. (ceh, yela tu) apabila aku berada di atas, tiba-tiba aku terasa gerun yang amat sangat. boleh tahan tingginya. aku cuba untuk mengaplikasi apa yang di ajar. saat aku turun, belum sempat slangkah pun, aku sudah terjatuh. namun, aku bangkit kembali dan meneruskan perjalanan. seorang dai'e tidak boleh berputus asa walaupun terjatuh di awal perjuangan. semua ujian akan mematangkan diri. selepas beberapa langkah lagi, aku sudah tidak merasa kekok lagi dan perjalananku semakin lancar. alhamdulillah, lega apabila dapat memijak tanah dalam keadaan yang betul. dan baru ku sedar, sedikit luka di tangan takkan di sedari jika aku benar-benar fokus. begitu juga dalam perjuangan, fokus kan matlamatmu. lalu segala rintangan tidak akan di endahkan. netul tak? (betul, betul, betul)


........................................................................................................................................






























Sudikah Kau Menerimaku Kembali?

bismillah....

Jam menunjukkan jam 2:04 pagi. Aku masih segar di kala orang sedang tidur nyenyak. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing-pusing di atas kepalaku. Sesekali terdengar dengkuran sahabat bilikku. Aku hanya tersenyum.

Di kala sunyi begini, aku teringat tentang diriku yang dulu. Aku membanding-banding, membeza-beza. Entah, terlalu cepat masa berlalu. Aku sudah dewasa. Terasa takut apabila terkenangkan dosa yang menimbun berbanding pahala yang aku lakukan. Terasa terlalu ingin umur di panjangkan. Dalam diam, aku meminta-minta agar Tuhan memperkenankan.

Cepat-cepat aku bangun dan menunaikan solat sunat. Andainya aku mati ketika ini, sekurang-kurangnya aku mati dalam keadaan sujud padaMu.

Tidak tahan kerana rindu padaMu, aku menangis. Aku terlalu leka lalu tinggalkanMu. Sudikah Kau menerimaku kembali? Aku tahu Kau Maha Pemaaf, maka maafkannlah aku Ya Allah. Aku hambaMu yang lemah, maka berikannlah sedikit kekuatanMu untuk aku harungi hidupku ini. Aku hambaMu yang lemah, maka berilah ujian yang setimpal dengan diriku.

Hati ini tidak tabah, hati ini selalu berubah. Ya Allah, jangan tinggalkan aku walau sesaat juga. Kerna aku tahu aku tidak mungkin tabah tanpa bimbingan dariMu. Nafsu bermaharajalela setiap waktu, syaitan juga begitu. Ya Allah, jangan berpaling dariku walau sesaat juga. Kerna aku tahu aku tidak mungkin kuat tanpa peringatan dariMu.

Ya Allah, maafkan aku.
Sudikah Kau menerimaku kembali??

dah lame tak update

bismillah....

dah lame blog ni x di update. akan datang: my special merdeka!

bismillah...

Di sebabkan ramai yang dah tahu tentang blog ni, saya akan menulis dengan tulisan yang lebih besar, supaya tidak juling-juling mereka membacanya :)



Perjalanan kami bermula pada waktu petang. Walaupun janji untuk bertolak pada jam 5, kami tetap lambat sedikit. Biasa la tu...

Jalan jam....loya aku di buatnya. Kereta bergerak terlalu lambat. Takut-takut tak sempat sampai. Kami patut sampai pada tepat masa, hari yang bersejarah tidak boleh di lepaskan begitu sahaja. Semua kelihatan bosan. Tiba-tiba...

Klik! Klik!

Gambar di ambil. Hilang bosan sebentar.








Perjalanan di teruskan. Kasihan pada si driver Nela yang stuck dalam jam. Walau apa pun, semuanya bersemangat dan ceria untuk menghadiri majlis yang sangat bersejarah ini.

Waktu maghrib sudah pun masuk. Kami berhenti sebentar di rumah Raihan. Ada yang solat, ada yang yakin untuk jama' sahaja (mengikut mazhab tertentu). Kemudian, kami meneruskan lagi perjalanan. Kali ini, aku bersama Raihan dengan kereta Waja nya. Alyaa juga ada bersama di tempat duduk hadapan. Kereta di pandu laju. Semua berdebar dan berdoa untuk sempat sampai.

Sesampainya kami di sana, kami dapat melihat rombongan lelaki yang baru sahaja sampai. Seolah-olah kami dari rombongan lelaki juga. Semua menarik nafas lega.

Masuk sahaja ke dalam rumah, kami melihat seorang puteri cantik yang bakal menjadi permaisuri beberapa minit sahaja lagi. Banyak sinaran flash memantul-mantul. Semuanya tersenyum dan gembira.











Dayah, dah jadi isteri orang awak sekarang ni. Kami semua doakan awak bahagia dan kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, lahirkan generasi yang soleh solehah. Ameen...

Setelah itu, kami menjamu selera dan bersedia untuk pulang. Sebelum sampai di UIA, sempat lagi kami menyinggah untuk membeli durian dan makan-makan di tangga besar.


Kenangan ini kami tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

(masa untuk gi kelas, akan datang akan upload lebih banyak lagi gambar)

on my special day

bismillah...

Tidurku di ganggu dengan message yang masuk bertalu-talu. Siapa gerangan yang mengganggu tidurku tengah malam begini. Sudah la lewat, kepalaku berat pula di sebabkan sakit kepala, di tambah pula batuk yang menemani aku sejak tiga minggu lepas. Jadi aku sukar untuk melelapkan mata.

Jam menunjukkan 12 tepat...bukan tengahari, tapi pagi. Ada empat message sampai. Aku tekan sahaja butang yang menunjukkan "read".

SELAMAT HARI JADI!

Eh, dah 8 haribulan ke? Ya Allah, macam mana boleh tak ingat ni? First time begini....

Pagi ini terasa begitu ceria, aku bersemangat untuk bangun dan menunaikan solat Subuh. Malam tadi hujan terus-terusan, membuatkan pagi ini sejuk sahaja. Selesai sahaja menunaikan solat, aku bersarapan.

"tak lalu pulak nak breakfast pagi ni"

Aku menuju ke pintu di ruangan hadapan. Pintu di buka. Sebaik sahaja di buka, angin segar terasa terhembas dari luar terus ke wajahku. Segarnya! Hari ini banyak makhluk yang menyambut harijadiku. Terasa diri begitu berharga dan di ingati. Aku menutup mata...

"Make a wish!"

"Aku harap sangat jadi solehah dan dapat masuk syurga bersama keluarga yang di cintai. Aku nak kahwin dengan orang yang aku nak dan tengah tunggu....aku harap dia masuk minang cepat sikit"

Aku senyum sendirian. Aku menyambung kembali.

"Nak dapat duit banyak supaya dapat bantu orang lain" Mataku di buka. Aku ketawa sendiri :)

Hari ini sangat bermakna untuk aku. Aku cuba untuk melawan nafsu yang ingin membuat perkara yang sia-sia dan aku berjaya. Aku pasti lebih gembira jika setiap hari berperasaan begini. Aku pernah mendengar satu ceramah dari ustazah Bahyah berkenaan dengan harijadi ini. Beliau berkata, lebih baik pada hari yang sangat bermakna pada empunya badan untuk berpuasa. Aku lebih faham jika begini. Puasa adalah cara kita ~make a wish!~ Kerana puasa banyak kelebihannya. Doa-doa di makbulkan. Nafsu di tahan. Sabar juga makin meningkat.

Tapi........aku tak puasa!

It's ok for me for not taken sahur. But my cough seems very hard to get better. I think I have to maintain my medicine. I think it's hard for me to say about this because i'm talking in english now!

Sebenarnya, batuk yang aku alami ni sudah 3 minggu lamanya. Tidak tahan lagi! Batuk aku kering, sampai sakit perut bila batuk. 1 botol ubat batuk sudah aku habiskan. Masih tidak baik juga. Tetapi semalam, kelihatan seperti batukku mula kurang, jadi aku perlu untuk maintain kannya. Jadi, aku tidak berpuasa walaupun hari ini terlalu bermakna bagi aku.

Walau apa pun yang terjadi, aku berazam untuk mengganti puasaku ini. Lihat saja nanti...

Dah banyak perkra aku merepek di sini, lebih baik aku tutupkan sahaja ceritanya di ini. Jumpa lagi ; )

written by bufday gurl,
wan syakirah! (^-^)

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

elephant santuary

bismillah...

Hari ini tidak seperti kebiasaannya, kami adik beradik bangun awal. Bersemangat sekali untuk memulakan perjalanan ke tempat gajah. Itulah informasi yang di berikan oleh adik bongsuku.

"OK, semua dah siap?" ayahku buat pemeriksaan terakhir.
"Dah"

Semua naik kereta dengan perasaan gembira kecuali....

"Ah! Kacau mood betul la" Si kecil menangis pula di marahi ibu. Aku menangkap gambarnya yang sedang sedih begitu, cuma untuk menghiburkan hatinya.



Beberapa jam kemudian, kami sudah dapat melihat signboard yang telah lama kami tunggu-tunggu. Ayah terus mengikuti arah tersebut. Setelah beberapa minit, penentian kami terjawab. Semua turun dengan semangat berkobar-kobar. Terdapat satu kekurangan rasanya.

"Apa ya?" aku bermonolog.
"Owh, budak tu tak dapat ikut" ketidakhadiran seorang adik lelakiku membuatkan lawatan ini menjadi sedikit kekurangan.
"Abi, nak bawak ke makanan ni?"

"tak payah lagi"

Kami semua berjalan masuk ke dalam. Setelah mendapatkan tiket, kami bergambar dahulu sebagai kenangan. Tiba-tiba, kami terdengar sesuatu..


"Eh, bunyi gajah!" jerit adikku Syaimaa'. Kami semua meluru masuk. Waaah, ramainya! Kelihatan dua ekor anak gajah sedang di beri makan oleh pelawat-pelawat, manja betul!

Kami tidak ketinggalan. Dalam ra
mai-ramai orang, dapat juga aku menyelit untuk memegang anak gajah tersebut. Siap bergambar!

Bagaimana dapat aku gambarkan gajah ni ya?

"Abi, gajah ni ada bulu. Panjang-panjang" Ya, betul tu. Permukaannya kasar dan berbulu. Tiba masa kami anak beranak memberi makan. Dalam takut-takut, aku beranikan juga.


"Yek, berair!" jeritku. Tetapi itu tidak memberhentikan aku untuk terus memberi makan.


Sudah tiba masanya...setelah sekian lamanya menunggu, kami dapat merasa untuk duduk di atas gajah. (sila rujuk gambar)
Sudah berjam-jam kami di kelilingi gajah, kami menukar mood kepada haiwan lain. Deerland adalah destinasi kami seterusnya.

Sesampainya di sana, semua haiwan ingin di pegang. Huhu..





Lawatan kami melihat haiwan-haiwan tersebut membuatkan aku membuka mata, terlalu banyak ciptaan Allah yang belum ku explore. Sebelum ini pengembaraan di Pulau Langkawi membuatkan aku terpegun melihat awan dan laut. Berdiri di puncak membuatkan aku menjadi lebih dekat dengan Nya. Terlalu besar kekuatan Nya berbanding aku. Sukar untuk di gambarkan. Haiwan-haiwan tadi tadi juga menunjukkan keunikan Allah s.w.t. dalam mencipta makhluk Nya. Subhanallah! Maha Puji Allah!

lentang besh!!

bismillahirrahmanirrahim....










Air yang jernih membuatkan aku sangat tenang melihatnya. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah. Dalam aku sibuk melayan diri, tiba-tiba...

"Syakirah! Buat apa tu? Jom cepat!" Aku tersengih.

Kami melilit tali di antara pokok-pokok yang mana kami terpaksa merentasi sungai untuk melilitnya. Nampak air sungai tersebut tenang sahaja tapi nak tenggelam di buatnya. Arus agak deras, kami pun berhati-hati. Ini program SAMPLE yang pertama aku ikuti. Seronok? Mesti la seronok! : ) Sementara orang lain sedang berkenalan, aku sudah basah kuyup bermandi-manda. Eh, aku buat kerja lilit tali kat pokok la!

Kemudian aku naik ke darat, dalam menggigil-gigil aku cuba menolong untuk hidupkan api, boleh juga aku panaskan badan ni : ) Ayam seplastik menuggu-nunggu untuk di bakar, kelihatan seperti melompat-lompat dan berterbangan. Aku berangan sendiri, tidak sabar rasanya untuk melahap ayam-ayam tersebut.


Setiap orang mendapat bahagian masing-masing dengan dua ketul ayam. Selepas membaca doa makan, kami makan bersama-sama. Tetapi tak semena-mena perjalanan makanku makin perlahan, padahal tadi bukan main lagi bising perut ini. Aku sudah tidak boleh menelan lagi, ada seketul ayam lagi. Nak di buang, segan pulak di hadapan semua kawan. Nak di bawa balik, malas laaa... Aku telan juga walaupun lambat-lambat. Kesannya, aku tidak menyentuh ayam untuk seminggu, muak di buatnya!


Dalam tidak sedar, masa untuk pulang sudah tiba. Aku tidak akan lupakan saat-saat indah bersama kawan-kawan baru dan lama. Terima kasih semua kerana izinkan saya menjadi sahabat kalian......sahabat dunia akhirat! Kami meninggalkan sungai lentang dengan kenangan indah, akan ku ingat sampai bila-bila : ) Cahaya matahari menembusi celah-celah pokok lalu terkena simbahannya pada mukaku. Aku mendongak, "Thanks, ya Allah..."



aku berdosa, tapi ku yakin dengan KEMAAFAN-MU


bismillah...

Di tengah malam aku terbangun, di baluti dengan kesejukan malam dan kemalasan hati, aku bangun jua. Terasa brjaya di kala ini. Tapi masih tidak menentu untuk detik-detik yang akan mendatang. Wajahku yang basah ku biarkan, menyarung telekung yang putih bersih lalu terduduk. Nampak seperti lesu. Bukan lesu mahupun penat ataupun lelah, tetapi aku terasa sangat kerdil di hadapan-Nya. Kecewa dengan diri sendiri yang terlalu banyak melakukan dosa. Kadangkala aku terdetik, adakah aku sudah di maafkan?

.........................................................................................................................................................................................................................................


Aku di kelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik dan soleh. Bukankah kita perlu mendampingi orang soleh? Ya, benar. Untuk mengingatkan kita tentang diri kita yang sebenarnya, untuk menambahkan ilmu pengrtahuan kita, dan yang paling penting untuk mendekatkan diri kepada Allah lalu menambahkan iman kita untuk mndapat redha-Nya.

"Boleh ana tanya enti sikit?" Aku teragak-agak untuk memulakan perbualan ini. Tetapi beban terlalu berat jika tidak di luahkan. Seperti aku sedang mengangkat batu yang sangat besar sambil berlari-lari dan mendapatkan batu yang lain. Sepertinya aku menambah lagi bebanku, tetapi itulah realitinya, aku terasa beban melalui hari-hari yang mendatang.

"Nak tanya apa?" jawab sahabatku.

"Ana tau yang Allah tu Maha Pengampun. Tapi dalam keadaan sekarang ni, ana rasa tertekan untuk dapat kemafaan dari Allah."

"Eh, knapa boleh sampai camtu pulak? Nak redha Allah pun, jangan la sampai tertekan. Buat tu mesti ikhlas kerana Allah, kalau tak ikhlas, camni la jadinya. Nape dengan enti? Teruk sangat ke yang enti buat sampai enti tertekan camtu?"

"Enti cuba la bayangkan, kalau orang tu selalu buat dosa-dosa kecil, lama-lama dosa tu akan menjadi besar. Betul tak?"

"A-hah..."

"Dulu satu ketika ana pernah kumpul dosa besar...." Aku tunduk, malu.

Dia terdiam, mungkin sedang memikirkan dosa apa yang telah aku lakukan. Atau mungkin dia sedang membayangkan perkataan yang sesuai untuk menunjukkan betapa besarnya dosaku. Dalam aku ber"su' zonn', tiba-tiba dia tersenyum.

"Enti, walau besar mana pun dosa enti, kalau enti betul-betul taubat nasuha, Allah akan ampunkan. Enti buatlah dengan ikhlas, minta redha-Nya. Jangan terlalu gopoh, takut enti cepat bosan" Nasihat itu memang sudah biasa kudengar. Tetapi kali ini, aku sememangnya sudah melapangkan dada untuk mendengar nasihat, jadi nasihat itu sampai ke kalbu yang hitam pekat ini.

"Tapi ana takut ana mati dulu, tak sempat nak dapat kemafaan-Nya" luahku.

"Sekarang ni, enti perlu yakin yang Allah akan maafkan enti. Ana rasa, masalah enti ni, masalah keyakinan. Ok, enti pasni cuba yakinkan diri yang Allah akan maafkan enti. InsyaAllah, hati enti akan tenang." Nasihat itu aku ambil, simpan di dada.


.....................................................................................................................................................................................................................................


Dalam solatku, aku cuba menahan esak, membaca surah dengan bacaan yang betul serta menghayatinya. Selesai solat, terus meleleh air dari mataku. Tidak tertahan lagi rasanya beban ini. Teringat kembali saat-saat aku membuat kejahatan dulu. Satu persatu menjelma. Aku terus berdoa sambil mengangkat muka ke langit minta di ampunkan. Bagaikan anak kecil yang menangis, begitulah aku ketika ini. Tidak tertahan dengan kebodohan yang telah ku lakukan pada diriku sendiri. Kebodohan apakah ini!

Ya Allah, ampunkannlah aku.
Aku tahu, aku dah banyak menikmati hdup selama ini.
Tapi aku ingkar dengan perintah-Mu.
Aku ambil hadiah dari-Mu tanpa mengucapkan terima kasih kepada-Mu.
Bahkan aku langsung tidak mengingati-Mu.
Tolong maafkan aku ya Allah.
Aku yakin dengan janji-Mu, ya Rahman ya Rahim.
Aku benar-benar bertaubat, aku tidak akan mengulanginya lagi.
Aku berjanji ya Allah!
Aku tidak pasti sama ada Engkau mahu mendengar doaku ini,
tetapi aku berharap rumahku ini bercahaya dengan keihlasanku bangun pada waktu ini,
dan aku sangat percaya yang Engaku sedang mendengar permintaanku ini.
Maka kabulkannlah ya Allah...
Aku malu ya dengan-Mu ya Allah.
Tetapi demi mendapt redha-Mu,
aku sanggup meminta lagi,
menebalkan mukaku ini.
Ya Allah, kabulkannlah permintaanku ini,
MAAFKANNLAH AKU.....




abes exam...

bismillah...

alhamdulillah, exam sudah pun aku habisin (indon), selama 5 hari berturut-turut aku tak dapat tidur dengan lena, kita lihat saja pada result nye nanti.. aku bercadang untuk menulis sedikit pengalamanku bersama keluarga menikmati indahnya pulau langkawi, unfortunately aku tak membawa gambar bersama-sama, jadi lain kali saja lah. kadang-kadang terfikir cerita tersebut menjadi lama dan basi, tetapi bagi aku cerita ini tidak akan basi selama-lamanya kerana ianya sangat berharga bagiku. mengapa? kerana itulah keindahan alam yang sangat INDAH TAK TERKATA pernah aku lihat, dan itulah pengalaman paling berharga pernah aku lalui..

jadi, kita tinggalkan itu dan beralih kepada cerita yang lain. aku ingin kongsikan bersama tentang gelagat-gelagat orang yang keluar dari dewan peperiksaan. bila kita ingat, ianya boleh menjadi sangat lucu. mungkinkah kita berada di dalam golongan mana-mana yang akan aku ceritakan nanti.

ada yang keluar..

"wei, susahnya! gila punya soalan!"

"aku tak sempat jawab soala la.."

"boleh la jawab sket-sket..."

"soalan punya la banyak, masa bagi sikit je, mana boleh camni! tak adil!"

"fuh...cukup-cukup je..."

macam-macam lagi bunyinya, tapi jarang yang kita dengar...

""alhamdulillah, aku boleh jawab, Allah tolong aku..."

mungkin ada, tapi jarang, untuk exam kali ni pun aku tak dengar sekali pun. aku? aku memang la tak, sebab banyak nya tak boleh jawab, heheheh..

ok la, fikir-fikir la kita di tahap mana untuk Allah berikan nikmat kejayaan. sudah cukup banyak ke usaha kita, benar-benar ke tawakkal kita..

fikir-fikirkan yee...

exam..exam..exam..

bismillah...

dah tiba masanya aku meng"update" blog yang telah lama aku tinggalkan. aku tidak pasti perkara apa pula yang akan aku luahkan, isu mana pula yang menjadi "mangsa" untuk diperkatakan. tetapi, aku begitu serabut dengan musim exam seminggu dua ini. kadang kadang aku terfikir, kenapa sistem peperiksaan yang menyusahkan ini diadakan? rasanya ia sangat menyusahkan ramai student, walaupun sekarang ini terlalu ramai yang score 20-30A1..huh, bila aku fikir balik keputusan SPM aku, terlalu jauh beza jurang antara aku dan mereka. manakan tidak, aku cuma mendapat 4A, denagn satu sahaja subjek mendapat A1. huh, biarkan kenangan itu pergi...jauh...

anyway, tentang exams tadi, jarang jarang rasa perlu dimansuhkan, jarang jarang rasa perlu diteruskan. ada sebab dan musababnya. perlu dimansuhkan kerana tujuan utama pembelajaran era kini bukannlah mengejar mardhatillah tetapi ingin mentadbir dunia dan menguasai segala yang didalamnya. bunyinya seperti melawan kuasa tuhan, tetapi inilah hakikatnya. dengan menguasai ilmu yang diberikan tuhan, manusia yang kerdil ini akan diberi perhatian dan diberi biasiswa ditaja ke sana ke sini, ditambah perisa wang yang berjuta juta untuk mengabui mata yang buta dan akhirnya akan memberi khidmat kepada ynag berkuasa. yang berkuasa makin berkuasa, yang lemah makin lemah..huhu..

sangat sedih kan? kita ditakdirkan untuk hidup di zaman ini. bukan seperti ulama' dulu, mengembara berbatu batu jauhnya hanya untuk mencari kebenaran ilmu. jika ia tidak benar, maklumat itu ditinngalkan begitu sahaja. bukan itu sahaja, mereka mencari ilmu dan maklumat untuk menambahkan iman, makin dekat kepada allah. ya allah, jauhnya aku dari tujuan itu!

tetapi, jika dimansuhkan exam, rasanya ramai yang tidak berpelajaran dan universiti akan kosong, sekolah juga begitu, yelah, disebabkan kita hidup di zaman ini, yang mana orang tidak lagi tahu tujuan hidup atau tujuan untuk menjadi terpelajar...hmm, pape je la

jadi, marilah kita bersedia untuk exam dan membetulkan niat untuk menjadi orang yang terpelajar!!

isu kita

bismillah...

(saya membincangkan isu ini dari sudut pandangan ORANG ISLAM dan yang FAHAM ISLAM)

masih tidak terlambat untuk saya menceritakan sedikit tentang isu ghazzah. kenapa? sudah pastinya ada sebab dan musabab.

isu ghazzah adalah isu aqidah, isu ghazzah adalah isu kita. perlu ke kita menjadi seperti orang lain yang hanya mengikuti isu yang panas-panas je? bila isu sudah sejuk atau basi, jadi kita tinggalkan isu tersebut. tak boleh begitu....

bagi yang ada pemahaman tentang ini, berilah kefahaman kepada yang lain supaya mereka faham. saya ingin berkongsi sedikit cerita. bagi yang sudah pun mengetahuinya, jadikannlah ia sebagai tazkirah.

dari mana datangnya perkataan bani israel? begini, pada satu masa dahulu, terdapat seorang lelaki ynag sangat soleh dan taat beribadah kepada allah bernama yaa'qub. hobinya adalah MEngembara pada waktu malam yang mana, di dalam bahasa arab di kenali sebagai israa'. jadi, PEngembara ini di panggil israa'eel.
bagi yang mempelajari bahasa arab secara mendalam, mungkin tidak begitu bersetuju dengan pendapat ini, kerana israa'eel tidak mempunyai wazan dan tambahan pula ia adalah 'ajam. mari kita tinggalkan perbahasan tu..ya'qub ini mempunyai ramai anak dan kesemuanya adalah lelaki. dalam bahasa arab, anak anak di panggil bani. jadi keturunan ini telah dipanggil sebagai bani israa'eel iaitu anak anak nabi ya'qub. jelas kan?

adakah bani israa'eel yang menyerang ghazzah sekarang adalah keturunan nabi ya'qub? jawapannya tidak. begini, orang yahudi di bahagikan kepada tiga. yang pertama, bani israa'eel yang memang asli dari keturunan nabi ya'qub, yang kedua ialah yang berkulit hitam kerana percampuran bangsa dalam perkahwinan (nabi sulaiman berkahwin dengan balqis-akan dibincangkan pada masa lain-) dan yang terakhir ialah orang europe yang menganut yahudi. jadi, yang menyerang kita sekarang adalah dari kelompok yang ketiga.

bukan ke dalam al-qur'an sudah pun dikatakan bahawa, kita tidak boleh membuat perjanjian dengan yahudi? walaubagaimanapun, yang menyerang sekarang bukan keturunan yahudi yang sebenar benarnya. jadi, boleh lah kita mempercayai mereka? tidak sama sekali! mereka telah pun mengnut agama tersebut, dan telah mempercayai apa yang ada di dalam thalmud (kitab yang sudah di tokok tambah) yang mana mereka mempercayai mereka sahaja yang terbaik di sisi tuhan, selainnya adalah binatang ternakan. jadi, mereka tetap tidak boleh dipercayai.

sejarah yang sangat menarik ini akan dibincang lagi pada masa akan datang, kerana begitu panjangnya cerita ini. sebagaimana sedia maklum, tanah falestin ialah tanh suci, tidak berhak di sentuh oleh orang yang tidak mahu menegakkan kalimah allah. di tanah itu, pejuang pejuang bermati matian melawan dan menahan. kita pula sedang berseronok ketawa. tak patut betul!
mengapa saya ketengahkan isu ghazzah adalah isu aqidah? kerana tanah itu telah pun dihadiahlan oleh allah kepada yang menegakkan kalimah allah. sebagaimana yang telah saya ceritakan tadi, tanh itu telah pun diduduki oleh penduduk yang bernama kan'an. tetapi allah telah menangkan bani israa'eel dalam peperangan dalam merebut tanah tersebut, tetapi bukan senang senang mendapat tanah tersebut, tapi mereka hendaklah beriman, tegakkan kalimah allah dan amalkan amar maa'ruf nahi mungkar. demi mendapat kemenangan, mereka telah pun melakukannya. itu adalah tanah muslimin yang mana kalimah allah dikibarkan dan dibanggakan. tiada sebab orang lain perlu mengambil tanah tersebut.

cerita tentang bani israa'eel yang telah melakukan kemungkaran adalah cerita kedua, tetapi apa yang ingin saya fokuskan, tanah falestin telah ditegakkan dengan tawheed sepertimana terbukanya kota madinah dan kota makkah. falestin juga perlu dijaga baik seperti di makkah dan madinah sekarang. falestin juga perlu diambil berat kerana ia adlah isu aqidah. titik.

~bersambung~

thaipusam

bismillah

pada kali ini, saya ingin sekali membincangkan sedikit tentang perayaan thaipusam yang telah berlangsung baru baru ini. walaupun ianya telah pun berlalu, sudah pasti kehangatan perayaan ini masih terasa bagi yang menyambutnya. 

apa yang ingin saya katakan di sini, sikap penganut penganut hindu yang telah ditonjolkan ketika perayaan ini diadakan. apa yang memalukan ialah terlalu banyak sampah sarap bekas makanan dan minuman sepanjang jalan. pandangan mata menjadi putih disebabkan bekas makanan dan minuman polistrin dibuang sepanjang jalan. adakah ini yang telah di ajar oleh tuhan siva? atau tuhan tuhan yang lain? ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi pada musim perayaan orang hindu. ini menunjukkan sikap orang hindu yang tidak menjaga kebersihan. sikap yang tidak baik yang ditunjukkan akan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap agama ini. saya pasti semua agama mengajar perkara yang baik baik sahaja.

apa yang saya harapkan ialah perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan sedikit pun faedah, bahkan lebih banyak keburukan yang akan berlaku pada masa akan datang.

sekian. 

save palestine!

marilah berjuang!!!

aku menulis

bismillah...

aku pernah mengikuti bengkel penulisan ketika umur belasan tahun dan aku berminat untuk menulis. tetapi apabila aku sangat bersemangat untuk menulis dan aku hamparkan sehelai kertas bersih lalu menggenggam sebatang pen, tiada satu perkataan pun yang keluar dari otak ini. buntu. kecewa. semangat ini terus kukuburkan. tiada lagi karangan-karangan comot dari aku..

baru-baru ini, aku telah mengahdiri satu lagi bengkel penulisan yang dianjurkan oleh KARISMA di ASTAKA shah alam. dibarisi oleh panel-panel yang hebat, aku terpaksa duduk menadah telinga kerana disuruh oleh orang tuaku. bagiku, bakat menulis bukan pada diri aku, aku tidak sepatutnya berada di situ. walaubagaimanapun, aku mendengar sahaja bebelan kak ummu dan abang raziq selama 3 jam. apa hasilnya?

papan kekunci komputer ku tekan-tekan. bosan. apa yang perlu aku lakukan ketika ini? sudah berjam-jam aku menghadap internet. email sudah, frinedster sudah, youtube sudah, beritaharian sudah, bbc sudah, apa lagi eh? owh! baru aku teringat, aku sudah membaca, tak salah aku berkongsi kan...blog yang sudah terlalu lama aku tinggalkan, kurujuk kembali. buang apa yang patut dan tambah apa yang perlu. ya, ini dia rupa blog baru aku. aku kembali menulis!