elephant santuary

bismillah...

Hari ini tidak seperti kebiasaannya, kami adik beradik bangun awal. Bersemangat sekali untuk memulakan perjalanan ke tempat gajah. Itulah informasi yang di berikan oleh adik bongsuku.

"OK, semua dah siap?" ayahku buat pemeriksaan terakhir.
"Dah"

Semua naik kereta dengan perasaan gembira kecuali....

"Ah! Kacau mood betul la" Si kecil menangis pula di marahi ibu. Aku menangkap gambarnya yang sedang sedih begitu, cuma untuk menghiburkan hatinya.



Beberapa jam kemudian, kami sudah dapat melihat signboard yang telah lama kami tunggu-tunggu. Ayah terus mengikuti arah tersebut. Setelah beberapa minit, penentian kami terjawab. Semua turun dengan semangat berkobar-kobar. Terdapat satu kekurangan rasanya.

"Apa ya?" aku bermonolog.
"Owh, budak tu tak dapat ikut" ketidakhadiran seorang adik lelakiku membuatkan lawatan ini menjadi sedikit kekurangan.
"Abi, nak bawak ke makanan ni?"

"tak payah lagi"

Kami semua berjalan masuk ke dalam. Setelah mendapatkan tiket, kami bergambar dahulu sebagai kenangan. Tiba-tiba, kami terdengar sesuatu..


"Eh, bunyi gajah!" jerit adikku Syaimaa'. Kami semua meluru masuk. Waaah, ramainya! Kelihatan dua ekor anak gajah sedang di beri makan oleh pelawat-pelawat, manja betul!

Kami tidak ketinggalan. Dalam ra
mai-ramai orang, dapat juga aku menyelit untuk memegang anak gajah tersebut. Siap bergambar!

Bagaimana dapat aku gambarkan gajah ni ya?

"Abi, gajah ni ada bulu. Panjang-panjang" Ya, betul tu. Permukaannya kasar dan berbulu. Tiba masa kami anak beranak memberi makan. Dalam takut-takut, aku beranikan juga.


"Yek, berair!" jeritku. Tetapi itu tidak memberhentikan aku untuk terus memberi makan.


Sudah tiba masanya...setelah sekian lamanya menunggu, kami dapat merasa untuk duduk di atas gajah. (sila rujuk gambar)
Sudah berjam-jam kami di kelilingi gajah, kami menukar mood kepada haiwan lain. Deerland adalah destinasi kami seterusnya.

Sesampainya di sana, semua haiwan ingin di pegang. Huhu..





Lawatan kami melihat haiwan-haiwan tersebut membuatkan aku membuka mata, terlalu banyak ciptaan Allah yang belum ku explore. Sebelum ini pengembaraan di Pulau Langkawi membuatkan aku terpegun melihat awan dan laut. Berdiri di puncak membuatkan aku menjadi lebih dekat dengan Nya. Terlalu besar kekuatan Nya berbanding aku. Sukar untuk di gambarkan. Haiwan-haiwan tadi tadi juga menunjukkan keunikan Allah s.w.t. dalam mencipta makhluk Nya. Subhanallah! Maha Puji Allah!

0 ulasan:

Catat Ulasan