education II (^________^)

Bismillah...


Jam menunjukkan 12.25 tengahari. Aku bersiap-siap untuk ke kelas. Tiba-tiba, aku di datangi 2 pelajar perempuan yang comel.

"Ustazah, jom pergi kelas" sambil senyum-senyum. Aku yang pelik dengan keadaan itu melihat jam kembali.

"Eh, bukan 12.30 ke?" soalku dengan pelik. Sudah berdebar takut-takut aku masuk lambat ke kelas.
"Yalah!"
"Ustazah dah lambat ya?" tanyaku lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Tak adalah" geleng-geleng.
"Sekarang baru 12.25. Ada lagi 5 minit. Sempat la ustazah nak jalan"
"Memanglah, kitorang dah tak sabar nak belajar ni"

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa kembangnya hati ni. Penuh bunga-bunga berwarna warni. Hidung kembang kuncup menahan perasaan gembira. Ada pelangi di panas terik mentari. Tapi, apa yang keluar di bibirku ialah:

"Bagusnya anak murid ustazah niiii....Macam ni lah!"
OH! Aku kena cover juga perasaan ini. Haha..

...............................................................................................................................................


Jika semua pelajar begini, saya kira tiada lagi perkataan TEACHER BURNOUT di dunia ni. Adakah guru yang patut di persalahkan atas tidak berminatnya palajar terhadap satu pelajaran? Jika kena pada caranya, pelajar pasti tidak sabar untuk ke kelas, dan sudah pasti gejala ponteng sekolah tidak berlaku.

Bagi pendapat saya, jika terdapat masalah pada pelajar, yang pertama yang perlu di lakukan ialah mengenalpasti apa masalah tersebut. Dan yang kedua, cuba memahami MENGAPA mereka melakukan kesalahan-kesalahan. Dan yang ketiga, cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai contoh, kawan saya telah mendapat satu kelas yang mana pelajar-pelajarnya penuh dengan masalah disiplin, malas belajar dan sebagainya. Pada kelas yang pertama, dia telah membuat alat bantu mengajar yang sangat menarik seperti kelas-kelas yang lain. Tetapi apa yang mengejutkan ialah, mereka langsung tidak berminat untuk menyertai kelas. Bahkan, mengejek dan mengganggu kawan lain yang ingin belajar. Sudah pasti kawan saya stress! Tetapi, setelah mengenalpasti masalah dan cuba mencari penyelesaiannya, dia tahu satu cara yang mudah. Untuk mengawal mereka supaya lebih diam dan tidak mengganggu orang lain ialah dengan MENULIS dan MENYALIN NOTA di papan putih. Diam kelas. Senang. Dan mungkin langkah yang seterusnya ialah cuba sedikit demi sedikit masukkan alat bantu mengajar yang lain supaya mereka berminat semula untuk belajar.

Jadi, setiap masalah ada penyelesaiannya. Walaupun dengan budak yang paling nakal, yang paling banyak masalah, dan lain-lain.

Jika guru-guru di bebani dengan masalah lain, di tambah lagi dengan pelbagai kerenah pelajar-pelajar, sudah pasti terselit juga perkataan TEACHER BURNOUT tersebut. Tapi, pandai-pandai lah kita mengawalnya. Mungkin saya boleh kongsikan cara-cara mengawal stress edisi UNTUK GURU pada post yang akan datang. Insya Allah!

education (part I) (^_______^)

Bismillah...

Memandangkan saya kini berada di alam persekolahan, saya ingin sekali meluahkan apa yang saya lihat, apa yang saya rasa sepanjang saya berada di sekolah.

Bagi pendapat saya, sekolah adalah satu medan yang sangat penting dalam hidup seseorang. Kerana dari situlah dia belajar erti kehidupan. Pada hari pertama saya memasuki sekolah, saya hadiri perhimpunan bersama kawan-kawan saya yang lain. Tengah khusyuk mendengar "bebelan" guru, guru yang sedang berucap berasa berang dek kerenah murid yang tidak henti-henti berborak.

"Hey, saya TERAJANG kamu kat sini karang!!"

Saya bersama kawan-kawan baru yang lain berpaling ke arah guru tersebut. Kami berpandangan sesama sendiri. Terkejut dengan situasi itu.

Jadi, inilah cabarannya. Bukan murid sahaja yang perlu di perbaiki, tetapi guru juga. Sudah tentu! Tidak mustahil murid juga akan menggunakan perkataan TERAJANG kepada ibubapa mereka, kawan-kawan dan bahkan guru! Ya, guru yang mengajarnya di sekolah. Jadi, murid mengikut. Murid juga akan menggunakan perkataan yang lebih teruk dari itu. Benar! Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Sakit telinga mendengar semua perkataan tersebut. Tetapi bagi mereka, ianya biasa sahaja. Tiada perasaan segan silu. Tiada adab. Tiada masyarakat yang baik. Tidak akan ada negara yang maju. Sungguh!

Ingat, pembelajaran bukan sahaja terjadi di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas. Bahkan, lebih banyak yang belajar di luar kelas bagi sesetengah murid.

Saya menyeru kepada guru-guru untuk lebih berhati-hati dalam menutur bicara.

Sebagai kesimpulan, PENDIDIK (khas untuk pendidik di sekolah) WAJIB dan MESTI menjaga sikapnya, tutur bicaranya, cara berpakaiannya, senyum tawanya kerana KITA adalah orang yang bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka.

Sekian.

bismillah....

aku pernah sakit hati sampai nak tercabut jantung di buatnya. tapi allah kata, "sabar!", jadi aku turutkan, sampai menggigil-gigil jari jemari. aku boleh buat banyak benda lagi untuk balas dendam, aku tidak takut sedikit pun, aku punya kawan di banyak tempat, aku boleh buat segalanya dengan kudratku yang sedikit ini, apa lagi jika aku memaksimumkannya.

tapi allah kata, orang yang zalim akan mendapat balasannya. dan aku yakin, seksa allah lebih KEJAM! pernah dengar allah akan tarik ubun-ubun rambutmu??? lihat sendiri surah al-'alaq. biar malaikat zabaniyah menjadi temanmu. kenal malaikat zabaniyah?????? aku berdoa dengan sesungguhnya, orang yang zalim di seksa habis-habisan di akhirat sana.

saya sangat bertuah kerana di kelilingi orang yang soleh-soleh, dengan itu saya selalu di ingatkan supaya lebih banyakkan bersabar. tetapi, dalam doaku di pagi hari saat orang lain tidur, aku berdoa supaya yang lemah sentiasa di bawah naungan allah. moga malaikat sentiasa berada di kanan dan kiriku menjaga keselamatanku. moga ma'thurat menjadi pendiding di antara aku dengan kejahatan.

"SABAR". itulah yang aku sedang lakukan dan sangat sukar untuk lakukan. biarlah gigil kuat mana pun, biarlah sakit melebihi kekuatan pun, aku tetap akan SABAR!

untuk memaafkan, ohhh..itu tidak mungkin untuk saat ini