bismillah...
Perjalanan di teruskan. Kasihan pada si driver Nela yang stuck dalam jam. Walau apa pun, semuanya bersemangat dan ceria untuk menghadiri majlis yang sangat bersejarah ini.
Waktu maghrib sudah pun masuk. Kami berhenti sebentar di rumah Raihan. Ada yang solat, ada yang yakin untuk jama' sahaja (mengikut mazhab tertentu). Kemudian, kami meneruskan lagi perjalanan. Kali ini, aku bersama Raihan dengan kereta Waja nya. Alyaa juga ada bersama di tempat duduk hadapan. Kereta di pandu laju. Semua berdebar dan berdoa untuk sempat sampai.Sesampainya kami di sana, kami dapat melihat rombongan lelaki yang baru sahaja sampai. Seolah-olah kami dari rombongan lelaki juga. Semua menarik nafas lega.
Masuk sahaja ke dalam rumah, kami melihat seorang puteri cantik yang bakal menjadi permaisuri beberapa minit sahaja lagi. Banyak sinaran flash memantul-mantul. Semuanya tersenyum dan gembira.
Dayah, dah jadi isteri orang awak sekarang ni. Kami semua doakan awak bahagia dan kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, lahirkan generasi yang soleh solehah. Ameen...
Setelah itu, kami menjamu selera dan bersedia untuk pulang. Sebelum sampai di UIA, sempat lagi kami menyinggah untuk membeli durian dan makan-makan di tangga besar.
Kenangan ini kami tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
(masa untuk gi kelas, akan datang akan upload lebih banyak lagi gambar)